Sudah dikeluarkan secara rasmi tempoh hari untuk rantau Amerika Utara, PES 2019 dijangka hadir untuk pasaran lain seperti Asia dan Eropah bermula hari ini.
Apa pembaharuan yang dibawa pada edisi kali ini? Terdapat beberapa ciri baru diperkenalkan melaluinya dan bahagian paling penting adalah grafik dan animasi.
Visual permainan kelihatan terperinci daripada biasa, terutama sekali pada paparan 4K. Selain itu, gaya permainan bertahan dirasakan menarik dan nampak real. Aksi penjaga gol juga lebih realistik dengan kecekapan menampan bola dari sepakan padu jarak jauh.
Difahamkan juga, Konami tidak memperbaharui lesen dari UEFA dan mereka menjalin kerjasama dengan beberapa kelab baru.
Konami turut memberi nafas baru kepada mod MyClub dengan visual yang lebih baik serta memperbaiki sentuhan pertama.
PES 2019 ditawarkan dengan beberapa edisi, salah satunya edisi khusus yang menampilkan David Beckham.
Dua lagi edisi adalah versi standard dan Legend yang menampilkan nama-nama besar seperti Diego Maradona, David Beckham, Johan Cruijff, Roberto Carlos, Gullit, Cafu, Paolo Maldini, Pavel Nedved, Oliver Kahn, Lothar Matthaus, dan Patrick Vieira.
Antara barisan legenda yang bakal menghiasi PES 2019 adalah Diego Maradona, David Beckham, Johan Cruijff, Roberto Carlos, Gullit, Cafu, Paolo Maldini, Pavel Nedved, Oliver Kahn, Lothar Matthaus, dan Patrick Vieira.
Tambahan lain, penggunaan peraturan liga tertentu turut diterapkan seperti sistem Split yang digunakan di liga Scotland.
Tidak terhenti disitu, terdapat juga ciri penampilan dan sifat baru untuk pemain seperti Rising Star, Bad Boy, dan Superstar. Mengenai penampilan, 11 skill dan kemahiran diperkenalkan menerusi PES 2019 iaitu Cross Over Turn, Double Touch, Step On Skill Control, No Look Pass, Interception, Penalty Specialist, GK Penalty Saver, GK High Point, Rising Shots, Chip Shot Control, dan Dipping Shots.
Walaubagaimanapun, jika pasukan anda tidak tersenarai dalam senarai pelesenan diatas, pengalaman bermain mungkin kurang dirasakan. Umum sudah mengetahui, nama-nama kelab pelik seperti London FC (Chelsea), Man Red (Manchester United) dan banyak lagi.
Ketika pra-tempahan Edisi Standard dijual pada harga USD 60 (~RM247.60), Edisi khas David Beckham USD 70 (~RM288.86). Sementara itu edisi Legend berharga USD 80 (~RM330.13).
https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=SSfko2Ps9oY
Berkaitan
- GameSnacks - Platform Permainan Untuk Peranti Spesifikasi Rendah Dan Internet Perlahan
- Tablet OPPO Mungkin Hadir Dengan Spesifikasi Ini
- 10 Peranti Berprestasi Terbaik Bagi Bulan Mac 2019 Oleh Antutu
- Huawei, OPPO, Xiaomi Dan Vivo Bekerjasama, Bangunkan Pesaing Google Play Store
- Huawei Mate 20 Pro Diangkat Sebagai Telefon Terbaik Pada Acara MWC 2019
- Perbandingan Spesifikasi Antara Razer Phone 2 Dan Razer Phone
- Ini Cara Hantar Pesanan Suara Pada Aplikasi Instagram
- Khabar Angin - Spesifikasi Samsung Galaxy S10, S10 Lite, S10+ Dan S10+ 5G
- Popular Dalam Kalangan Negara Bertanding Antara Sebab PES 2018 Dipertandingkan Di Sukan Asia 2018
- Spesifikasi Huawei Nova 4 Mula Kelihatan, Kamera Utama 48MP