Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apa Itu Tandatangan Digital?

Posted on Julai 21, 2020Julai 21, 2020

Di era teknologi maklumat yang berkembang pesat yang melibatkan pelbagai urusan secara atas talian, keselamatan data adalah amat kritikal.

Pengesahan sesuatu perkara seperti mesej yang dihantar dan diterima perlu disahkan secara digital. Di sinilah peri pentingnya peranan teknologi tandatangan digital.

Tandatangan Digital

Tandatangan digital adalah tandatangan elektronik yang digunakan untuk mengesahkan identiti penghantar/penandatangan sesuatu mesej dan digunakan bagi memastikan sesuatu maklumat adalah betul dan sah di dalam transaksi elektronik.

Penggunaan tandatangan digital yang diiktiraf dapat memenuhi keperluan seperti kerahsiaan, pengesahan identiti, tidak boleh disangkal (non-repudiation) dan integriti sesuatu maklumat.

Kerajaan Malaysia telah pun menguatkuasakan Akta Tandatangan Digital 1997 (“ATD 1997”) pada 1 Oktober 1998 dengan tujuan mengawalselia penggunaan tandatangan digital di Malaysia.

Ia bagi menjamin keselamatan mengenai isu undang-undang yang berkaitan transaksi elektronik dan mengesahkan penggunaan tandatangan digital melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan (PBP) berlesen.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula adalah pihak yang bertanggungjawab mentadbir, menguatkuasa dan melaksanakan peruntukan di bawah ATD 1997 bagi tujuan pengawasan dan menyelia aktiviti PBP berlesen.

Keperluan tandatangan digital meningkat mendadak bermula dari tahun 2007 yang meliputi kriptografi dan sistem kripto kunci awam dalam menjamin keselamatan ekosistem digital.

Perkembangan dan keperihatinan terhadap kepentingan tandatangan digital kini membolehkan seluruh rakyat Malaysia menerima manfaat daripada teknologi tersebut.

Sekaligus segala urusan yang melibatkan pengesahan dan integriti penguna kini lebih pantas, mudah dan selamat.

Anda boleh layari laman SKMM bagi mengetahui secara terperinci Peraturan-Peraturan Tandatangan Digital 1998.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress