Bagi kelas atasan, peranti yang memfokuskan permainan ASUS ROG Phone 2 mengetuai senarai dengan skor purata 496,662. Ia kemudiannya diikuti oleh OnePlus 7T ditangga kedua dengan purata 482,881 serta diikuti versi Pro yang memperoleh skor 482,532.
Berada di tempat keempat adalah realme X2 Pro yang merupakan peranti pertama paling berkuasa pernah ditawarkan pengeluar berkenaan. Jika diteliti, OnePlus mendominasi carta ini dengan empat model; 7T, 7T Pro, 7 Pro dan 7.
Beralih kepada kelas pertengahan, mendahului senarai adalah Redmi Note 8 Pro yang dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G90T. Ia merupakan peranti pertama dipasarkan dengan cip berkenaan dan menyasarkan kepada pengguna yang tegar bermain permainan mudah alih.
Mengikuti dibawahnya adalah OPPO Reno2 yang menggunapakai cip Snapdragon 730G dan berjaya merekod skor purata 260,650. Tempat ketiga pula diberikan kepada Mi 9T dengan skor purata 251,491 yang tampil dengan cip Snapdragon 730. Qualcomm sebelum ini ada menyatakan Snapdragon 730G 15% lebih pantas berbanding Snapdragon 730 dalam GPU rendering melalui intergrasi Adreno 618 yang dipertingkatkan.
Antutu turut menjangkakan perubahan pada senarai bulan Disember dimana peranti dwi mod 5G yang dikuasakan cip dari Samsung, Qualcomm dan MediaTek akan mula dipasarkan.
Sumber: Antutu
Berkaitan
- 500 Pembeli Terawal Galaxy S20 Bakal Dapat TV 50 Inci
- Snapdragon 875 Dikatakan Membawa Spesifikasi Ini
- Xiaomi Mi CC9 Dirasmikan Dengan Snapdragon 710 Dan Kamera 48MP
- Free Fire All Stars 2021 Asia Akan Bermula Pada 23 Julai Ini
- Spesifikasi Kirin 980 Tertiris, Cip Dengan Kelajuan 2.8Ghz
- Ayuh Bandingkan Spesifikasi Mi A1, Mi A2 Dan Mi A2 Lite
- Yeah Asia League Datang Ke Malaysia, Tawar Hadiah Wang Terkumpul RM20,000
- Samsung Bakal Keluarkan Cip Exynos 9810, Mungkin Dipasang Pada Galaxy S9
- Naib Presiden Xiaomi Perlihatkan Ciri Kalis Percikan Air Redmi K20 Pro
- Penganalisa: Miliki iPhone Atau iPad Menunjukkan Anda Seorang Yang Kaya