Antutu Namakan Cip Terbaik Untuk Tahun 2019

Platform penanda aras Antutu cukup dikenali ramai peminat telefon pintar kerana memberikan penilaian terhadap prestasi sesebuah peranti menerusi aplikasi yang disediakan.

antutu

Selain mengeluarkan laporan bulanan melibatkan peranti paling berkuasa, Antutu turut sama menganugerahkan cip pemproses terbaik bagi tahun lalu.

Sepanjang 2019 kita sedia melihat beberapa cip pemproses menghidangkan prestasi baik. Disamping itu sokongan 5G tidak lagi terhad kepada cip atasan tetapi turut dibawakan kepada beberapa cip pertengahan.

Sebanyak 7 cip pemproses disenaraikan Antutu dalam anugerah cip terbaikny. Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu, Strongest Performance, Technology Innovation dan Most Cost Effective.

Cip paling berkuasa tahun lalu dianugerahkan kepada Snapdragon 855 Plus dengan skor purata yang direkodkan adalah 480,000.

snapdragon 855 plus antutu

Digelar sebagai Strongest Performance oleh Antutu, cip ini ditambah baik dari segi pemprosesan sehingga 2.96GHz. Selain itu prestasi grafik melalui Adreno 640 juga mampu memberikan peningkatan sehingga 15%.

Anugerah seterusnya ialah Technology Innovation pula menyenaraikan empat cip pemproses iaitu Huawei Kirin 990 5GSamsung Exynos 980, Qualcomm Snapdragon 765G dan MediaTek Dimensity 1000L.

kirin 990 5g antutu

Untuk kategori ini, cip disenaraikan menandakan ia disertakan dengan pelbagai teknologi.

Sementara satu lagi kategori adalah Most Cost Effective.Cip yang tersenarai lebih rendah kosnya tetapi mampu memberikan hasil yang tidak mengecewakan pengguna kepada pengguna.

mediatek helio g90t antutu

Dua cip yang dipilih Antutu adalah Kirin 810 dan MediaTek Helio G90T.

Sumber: GizmoChina