Antara Yang Diumumkan Pada Acara EA Play 2020

Electronic Arts telah melangsungkan acara tahunan mereka EA Play hari ini dengan mengumumkan sejumlah penawaran terbaru untuk tahun 2020 ini.
Apex Legends akan ditawarkan pada Steam dan Nintendo Switch

Antara sorotan penting dari acara ini adalah mengenai keupayaan rentas platform atau cross play bagi permainan Apex Legends. Bagi musim baru, ia akan tampil dengan judul Lost Treasures yang membolehkan pemain dari  platform komputer, Xbox One dan PS4 bertarung sekali.

https://www.youtube.com/watch?v=_sGD6OqWG5E&feature=emb_title

Selain daripada itu, permainan ini akan turut dibawa pada Steam dan Nintendo Switch sekitar suku keempat tahun ini dan informasi berkaitan akan didedahkan tidak lama lagi.
Permainan EA yang akan dibawa pada Steam

Platform permainan digital popular, Steam sudah sedia menawarkan koleksi permainan baru dan lama dari EA. Bagi penawaran kali ini judul permainan yang akan dibawah pada Steam adalah The Sims 4, Battlefield V, Dragon Age: Inquisition, Need for Speed Heat, Titanfall 2 dan Star Wars: Squadrons.
3 Permainan EA Originals

Tiga permainan bakal diterbitkan dibawah label EA Originals adalah Rocket Arena (Final Strike Game), It Takes Two (Hazelight Studios) dan Lost in Random (Zoink's).

https://www.youtube.com/watch?v=QdM8pFtjtcI&feature=emb_title

Bakal ditawarkan bermula 14 Julai, Rocket Arena merupakan permainan pertempuran 3 v 3 dengan setiap pemain dipersenjatakan dengan roket.


Secara visual ia mungkin kelihatan seperti Overwatch dengan karakter dan latar belakang seakan kartun serta turut menyokong cross play.
FIFA 21

Setiap tahun peminat permainan ini pastinya ternanti-nanti dengan penawaran baru yang akan dibawa pada setiap edisi. Bagi siri akan datang, FIFA 21 bakal diperkenalkan pada bulan Ogos ini.


Ia kelihatan sama seperti siri yang sebelumnya dengan FIFA 21 Ultimate Team yang sentiasa ada serta Volta Football, mod bola sepak jalanan yang pertama kali tampil pada FIFA 20 sebelum ini.
Skate

Permainan Skate terbaru kini telah diumumkan berada dalam fasa pembangunan. Sedia diperkenalkan 13 tahun yang lalu, ia terhenti pada siri ketiga iaitu Skate 3 sekitar 2010.


Diumumkan sendiri oleh Cuz Parry (Pengarah Kreatif Skate) dan Deran Chung (Pengarah Permainan Skate), mereka menyatakan keghairahan tentang pembangunan Skate. Namun begitu, tiada sebarang trailer dan informasi lain yang dikongsikan dimana ia masih berada dalam fasa pembangunan awal.