Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Q Bakal Dikenali Sebagai Android 10

Android Q Bakal Dikenali Sebagai Android 10

Diterbitkan Ogos 22, 2019 oleh Helmi Samsuri

Seperti tahun-tahun yang sudah, ramai daripada kita akan berteka-teki tentang nama sistem operasi yang bakal dilancarkan. Nampaknya Google bakal meninggalkan kelaziman mereka dalam menamakan sistem operasi nama manisan serta pencuci mulut dimana mereka telah mengumumkan bahawa Android Q bakal dikenali sebagai Android 10.

Android 10

Perubahan nama tersebut dibuat setelah Google mengambil kira maklum balas dari tahun ke tahun dimana tidak semua pengguna dari seluruh dunia memahami nama-nama yang digunapakai sebelum ini. Bergelar sebagai sistem operasi paling popular di dunia ketika, nama baru yang lebih mudah difahami dan diterima masyarakat global amat perlu bagi Android.

Android Q Bakal Dikenali Sebagai Android 10Android Q Bakal Dikenali Sebagai Android 10

Selain nama, Android juga tampil dengan kemaskini logo yang kini tampil dengan maskot ikonik mereka dan Pengarah Jenama Global Android menyatakan logo itu lebih moden.”Android” yang sebelum ini berwarna hijau juga ditukar kepada warna hitam, memudahkan individu yang mempunyai gangguan visual untuk melihatnya.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY