Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
android 11 beta

Android 11 Beta Yang Sepatutnya Diumumkan Minggu Ini Telah Ditunda Tarikhnya

Diterbitkan Jun 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Sepatutnya minggu ini merupakan minggu pengumuman Android 11 Beta oleh Google. Namun, kenyataan terbaharu dari pihak mereka memberitahu bahawa acara tersebut terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Walaupun mereka tidak memberitahu alasan spesifik disebabkan penundaan tarikh tersebut, namun ia sudah pasti disebabkan rentetan dari kes kematian George Floyd di Amerika baru-baru ini.

We are excited to tell you more about Android 11, but now is not the time to celebrate. We are postponing the June 3rd event and beta release. We'll be back with more on Android 11, soon.

— Android Developers (@AndroidDev) May 30, 2020

Android 11 Beta ini pada mulanya dijadualkan pengenalannya pada awal Mei, namun ia terpaksa ditangguh pada Jun. Dan dengan pengumuman terbaharu Google ini, masih belum pasti bilakah tarikh sebenarnya.

Pada masa yang sama, Google tidak pula menyatakan sama ada tarikh tunda Android 11 Beta ini akan memberi impak kepada tarikh pengenalan Android 11 versi akhir, yang dijadualkan pada suku ketiga tahun ini.

Sumber: Android Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY