Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Sedang Menguji Mod Gelap Pada Peranti iOS

Anda Sudah Boleh Cuba Mengaktifkan Tema Gelap WhatsApp Web

Diterbitkan Mei 17, 2020 · Dikemas kini Mei 17, 2020 oleh ariff bukhari

Aplikasi sembang sosial WhatsApp sudah pun menyokong tema gelap pada versi aplikasi telefon pintar.

Walaubagaimanapun bagi versi WhatsApp Web, pengguna masih belum dapat mengaktifkan tema gelap tersebut.

Tetapi penemuan oleh laman Wabetainfo memaklumkan, pengguna umum sudah pun boleh mencuba lebih awal tema gelap WhatsApp Web dengan mengubah sedikit kod ringkas pada pelayar.

Berikut adalah cara mengaktifkan tema gelap WhatsApp Web buat masa ini:-

1. Buka laman muka rasmi WhatsApp Web

2. Log masuk dengan menggunakan kod QR.

3. Seterusnya, klik butang kanan tetikus dan pilih Inspect pada kotak dialog.

Anda Sudah Boleh Cuba Mengaktifkan Tema Gelap WhatsApp Web
Kalau di pelayar Safari pilihannya adalah Inspect Element.

4. Kemudian di bahagian Elements, klik untuk pilih body class=”web

body class

5. Kemudian sekali lagi klik butang kanan tetikus dan pilih Edit > HTML

Anda Sudah Boleh Cuba Mengaktifkan Tema Gelap WhatsApp Web

6. Pada bahagian ini, tukarkan “web itu kepada “web dark”

dark web

7. Sebaik sahaja menukarkannya, anda akan dapati WhatsApp Web anda berada di dalam mod tema gelap sepertimana aplikasi WhatsApp pada telefon pintar.

Anda Sudah Boleh Cuba Mengaktifkan Tema Gelap WhatsApp Web

Memandangkan tema gelap WhatsApp Web masih dalam peringkat pembangunan, maka ini sahaja cara mengaktifkannya buat masa ini.

Pastinya apabila siap sepenuhnya nanti, WhatsApp Web akan dilengkapi dengan butang yang memudahkan pengguna mengaktifkan tema gelap atau cerah pada WhatsApp Web.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY