Salah satunya adalah Celcom yang kini sedia memberikan pulangan tunai kepada pengguna talian itu. Ini selari dengan pengumuman kerajaan pada Februari lepas yang menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi mengatasi kesan penularan wabak Covid-19.
Dimulakan sejak 28 Februari yang lalu, pelanggan prabayar Celcom Xpax akan menikmati pulangan tunai 10% bagi pembelian tambah nilai kredit dan tambah nilai internet. Pulangan tunai ini akan dimasukkan pada e-dompet Boost.
Bagaimana untuk dapat pulangan tunai ini? Mudah saja. Ikuti langkah dibawah.
- Muat turun aplikasi Celcom Life dan log masuk.
- Pautkan aplikasi e-dompet Boost melalui Celcom Life
- Pilih “Reload” dan pilih “Credit Reload” atau “Internet Reload”.
- Pilih amaun tambah nilai
- Tambah Nilai (RM10, RM30, RM50 atau RM100); atau
- Tambah Nilai Internet (RM10, RM12, RM19, RM30, RM38, RM50, RM79)
- Nikmati pulangan tunai Boost 10% sehingga RM20 bagi setiap nombor MyKad/Pasport setiap bulan
Promosi pulangan tunai ini berjalan sejak 28 Februari dan akan tamat pada 31 Jun 2020.
Dengan pulangan tunai yang dimasukkan pada e-dompet Boost, anda dapat menggunakannya di lebih 135,000 rangkaian runcit seluruh negara untuk belian barangan runcit, pembayaran bil dalam talian, makanan, minyak dan pelbagai lagi.
Ada juga tawaran untuk pelan pascabayar
Celcom tidak melupakan pelan pascabayar dimana menerusi penawaran terbaru, Celcom MEGA, ia disertakan dengan ciri Tukar Beli. Apa maksudnya?
Ciri Tukar Beli ini membolehkan lebihan data internet pengguna pada setiap penghujung kitaran bil ditukarkan kepada tunai dalam aplikasi Boost. Contohnya data 10GB akan ditukar kepada tunai bersamaan RM5. Ia akan ditawarkan sehingga 30 Jun 2020.
Menariknya lagi, Celcom juga akan memberikan rebat satu kali sebanyak RM50 bagi setiap akaun dalam kitaran bil yang berikutnya. Ini dapat dinikmati jika anda menetapkan pembayara bil secara automatik.
Tidak cukup dengan itu, bagi anda yang memilih bil bulanan digital boleh dapatkan penjimatan sehingga RM10 setiap bulan yang dikenakan ke atas dokumen bil yang dicetak.
Ini merupakan alternatif daripada Celcom untuk anda dalam memastikan setiap pengguna menerima nilai terbaik dalam setiap pembelian. Tunggu apa lagi? Nak tahu lebih lanjut mengenai pulangan tunai ini, anda boleh klik> Celcom.
Berkaitan
- Tiada Lagi Rangkaian 3G Celcom Dikawasan Ini Bermula Esok
- Kerjasama Grab Dan Celcom Berikan Tawaran Menarik Kepada Pelanggan
- Perbincangan Antara Telenor Dan Axiata Bakal Memperlihatkan Gabungan Operasi Antara Digi Dan Celcom
- Pengguna Celcom Berpeluang Miliki OPPO R17 Pro, OPPO F9, Huawei Nova 3i Secara Percuma
- Internet Tanpa Had Percuma Untuk Semua Pelanggan Celcom Sempena Tahun Baru
- Pengguna Celcom Dan TuneTalk Bakal Hadapi Gangguan Perkhidmatan
- Liputan 4G Unifi Mobile Akan Dipertingkatkan Melalui Kontrak Dengan Celcom
- Celcom Tawar Diskaun 50 Peratus Bagi Pelan Internet Fiber Di Sabah
- Celcom Perkenal 'Ultra Hour Pass', Internet Tanpa Had Dari Harga Serendah RM1
- Celcom Tawar eSIM Dan Boleh Digunakan Melalui Tujuh Pelan Pascabayar Ini