Anda Patut Buang WhatsApp Dari Telefon - Pengasas Telegram

Tempoh hari pengguna WhatsApp dikejutkan dengan laporan aplikasi pemesejan itu mempunyai pepijat yang mana ia boleh diprogram untuk mengintip pengguna melalui hantaran video MP4.

Hal ini sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai pihak kerana sekitar tiga bulan yang lalu, WhatsApp turut dikenal pasti mempunyai kelemahan sekuriti.

Melihat kepada apa yang sedang terjadi, Pavel Durov, pengasas Telegram tampil memberi pandangan beliau terhadap pesaingnya itu. Didalam perkongsian tersebut, Durov telah menyatakan pada Mei yang lalu, beliau ada meramalkan akan berlakunya isu sekuriti melibatkan WhatsApp. Nampaknya ramalan yang dibuat itu benar-benar berlaku dan segala data peranti pengguna terdedah kepada penggodam.

Kapsyen: Pavel Durov


Selain berpendapat WhatsApp gagal dalam melindungi mesej pengguna, aplikasi pesaingnya itu juga dilihat digunakan oleh agensi pengintipan dan pihak tidak bertanggungjawab lain dalam mengintip foto serta mesej pengguna.Durov juga mengaitkan isu ini dengan pemilik WhatsApp iaitu Facebook yang dikatakan terlibat dalam sebahagian daripada program pengawasan.

Menurutnya lagi, pengambil alihan WhatsApp  tidak menampakkan apa-apa perubahan pada polisi syarikat tersebut. Bagi menguatkan lagi hujahnya, beliau menyertakan petikan pengasas bersama WhatsApp, Brian Acton; " I sold my user's privacy.."

Dipenghujung perkongsiannya itu, Durov turut membandingkan WhatsApp dan Telegram, kedua-duanya hampir sama tetapi tiada isu besar yang melanda Telegram dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini. Durov menyarankan supaya WhatsApp dipadam dari telefon jika pengguna tidak mahu foto dan mesej mereka terdedah kepada umum suatu hari nanti.

Sumber: Pavel Durov