Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Semak Baki Kad Touch ‘n Go Melalui Aplikasi Mudah Alih Di Telefon Pintar

Anda Kini Boleh Semak Baki Kad Touch ‘n Go Melalui Aplikasi Mudah Alih Di Telefon Pintar

Diterbitkan Ogos 25, 2018 oleh Haikel Areff

Touch ‘n Go baru-baru ini telah melancarkan fungsi bagi memautkan kad fizikal TnG degan aplikasi dompet digital mereka, Touch ‘n Go eWallet. Ia akan membolehkan pengguna untuk menyemak baki kad fizikal mereka melalui aplikasi telefon pintar.

Pengguna TnG boleh memautkan sehingga maksimum tiga kad fizikal dengan aplikasi dompet digital berkenaan. Malah, anda juga boleh menambah kad pengenalan atau MyKad ke dalam senarai kad yang dipautkan.

Anda Kini Boleh Semak Baki Kad Touch ‘n Go Melalui Aplikasi Mudah Alih Di Telefon Pintar

Selain itu, Touch ‘n Go turut memperkenalkan rekaan antaramuka baru bagi aplikasi mudah alih mereka untuk peranti Android serta iOS. Bagi anda yang masih belum memuat-turun aplikasi ini, anda boleh klik pautan di sini bagi memuat-turun untuk peranti Android atau iOS anda.

Pengumuman mengenainya dibuat semasa majlis pelancaran hab operasi baru Touch ‘n Go Digital di Bangsar Selatan, semalam(24 Ogos). Mereka juga menyediakan peluang bagi pelajar lepasan SPM dan ke atas untuk melakukan latihan industri selama 10 minggu bersama mereka.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
©2026 WISER.MY