Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Nyah-Hantar Mesej FB Messenger Dalam Tempoh 10 Minit

Anda Kini Boleh Nyah-Hantar Mesej FB Messenger Dalam Tempoh 10 Minit

Diterbitkan Februari 6, 2019 oleh Haikel Areff

WhatsApp Messenger telah hadir dengan satu fungsi nyah-hantar bagi membolehkan pengguna memadam mesej yang telah dihantar sejak beberapa bulan yang lalu.

Kini, fungsi yang hampir sama akan dibawa ke platform FB Messenger pula. Berbeza dengan WhatsApp, fungsi ini akan membolehkan pengguna memadam mesej dalam tempoh 10 minit selepas dihantar berbanding 7 minit bagi WhatsApp.

Anda Kini Boleh Nyah-Hantar Mesej FB Messenger Dalam Tempoh 10 Minit
Facebook

Namun ia juga mempunyai persamaan iaitu mesej yang dipadam di FB Messenger akan ditandakan sebagai “This message was deleted.” Pengguna turut diberi pilihan untuk memadam mesej bagi diri sendiri sahaja atau untuk semua penerima.

Fungsi ini akan tersedia bagi aplikasi mudah alih FB Messenger untuk peranti Android dan iOS yang akan ditawarkan secara berperingkat mulai hari ini.

 

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY