Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Menukarkan Ikon Instagram Kepada Versi Klasik

Anda Kini Boleh Menukarkan Ikon Instagram Kepada Versi Klasik

Diterbitkan Oktober 6, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 6, 2020 oleh Amalina Athman

Instagram pertama kali dilancarkan adalah 10 tahun yang lalu, iaitu hanya beberapa bulan selepas pelancaran iPhone 4. Kini, bagi meraikan ulangtahun ke-10, Instagram telah menambah ciri yang membolehkan ikon aplikasi ditukar.

ikon klasik Instagram

Antara ikon yang tersedia termasuk rekaan klasik kamera Polaroid yang telah digunakan lebih 5 tahun. Terdapat juga pelbagai variasi tema bagi ikon sedia ada termasuk Dark, Twilight, Aurora dan sebagainya.

Anda Kini Boleh Menukarkan Ikon Instagram Kepada Versi Klasik

Kemaskini terbaru ini juga termasuk ciri baharu pada “Stories archive” dengan penambahan tab kalendar dan Maps. Apabila anda menambah pelekat lokasi pada Stories, ia akan muncul pada bahagian Maps ini.

ikon klasik Instagram

Dalam pada itu, bagi anda yang ingin menukar ikon Instagram, ianya boleh dilakukan melalui Settings, kemudian leret ke bawah sehingga senarai ikon tersebut muncul. Instagram menyatakan,

“…this month we’re inviting you to change your app icon to your favourite below.”

Oleh itu, kemungkinan ikon ini hanya boleh ditukar sepanjang Oktober ini sahaja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY