Anda Kini Boleh Mainkan Video Instagram dan Facebook Melalui Aplikasi Whatsapp

Whatsapp kini membolehkan penggunanya untuk memainkan video daripada Facebook dan Instagram. Sebelum ini, apabila rakan anda menghantar video daripada Facebook dan Instagram kepada anda, anda perlu keluar daripada aplikasi Whatsapp dan masuk ke aplikasi FB atau Instagram sekiranya mahu memainkan video tersebut, namun kini tidak lagi. Pengguna sudah boleh memainkan kiriman video tersebut secara terus melalui aplikasi Whatsapp.



Whatsapp sebelum ini telah menyokong fungsi untuk memainkan video daripada Youtube dan dengan kemaskini terbaru daripada mereka ini, ia akan memudahkan pengguna. Facebook kini sedang giat mengusahakan fungsi terbaharu dalam aplikasi di bawah naungan mereka iaitu Whatsapp, Instagram dan Facebook itu sendiri. Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan beberapa fungsi baru bagi Facebook antaranya fungsi Dating dan fungsi berkongsi lagu pada Instagram Stories.

Walaubagaimanapun, kemaskini ini hanya tersedia buat pengguna peranti iOS buat masa ini. Bagi pengguna Android pula, tarikh kemaskini ini akan dikeluarkan masih lagi belum diketahui.

Sumber