Anda Hanya Perlu 'Like, Kongsi, Dan Komen' Untuk Menangi Pembesar Suara Huawei Sound X Bernilai RM1299

Sempena pelancaran pembesar suara baharu Huawei Sound X, Huawei Malaysia kini menganjurkan peraduan ringkas dengan hadiahnya pembesar suara tersebut.

Peraduan ini berlangsung selama 12-15 Mei dan cara-cara untuk menyertainya adalah:

  • Ikuti halaman rasmi Huawei Malaysia di Facebook.

  • Like dan kongsi kiriman ini dan pastikan profil anda boleh dilihat umum.

  • Komen mengapa anda patut menang Huawei Sound X pada kiriman ini.

  • Tag tiga (3) rakan anda dan sertakan #HuaweiSoundX di ruangan komen kiriman tersebut.


Hanya satu penyertaan sahaja yang akan diterima untuk setiap akaun Facebook individu. Seorang pemenang bertuah akan diumumkan pada 19 Mei 2020 kelak menerusi Facebook Huawei Malaysia.

Pembesar suara Sound X ini telah direka bersama oleh Devialet, iaitu penggubal audio dari Perancis, dan dijual RM1,299 bermula 16 Mei 2020 ini. Ia hadir dengan rekaan elegan, bunyi 360 darjah, dan juga dwi-woofer.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila lawati laman Facebook rasmi Huawei Malaysia.