Kini satu lagi aplikasi dikenal pasti membawa masalah yang sama adalah aplikasi papan kekunci emoji, ai.type. Aplikasi ini difahamkan sudah dimuat turun lebih dari 40 juta kali dari Google Play Store dan berjaya mengaut belasan juta dolar hasil dari pembelian kandungan digital premium tanpa pengetahuan pengguna.
Menurut penyelidik dari Secure-D, ai.type berkebolehan untuk mengedarkan iklan-iklan yang tidak kelihatan, klik palsu tetapi dalam masa yang sama memberikan data pengguna yang sebenar bagi ulasan, klik dan lain-lain.
Penyelidik turut menyatakan bahawa komponen yang bertanggungjawab untuk caj palsu itu bukan pada aplikasi itu sendiri tetapi sebaliknya pada rangka SDK (Software Developement Kits) yang disekalikan pada aplikasi berkenaan. Ia seterusnya mengaktif serta melakukan klik iklan bagi mendaftar pengguna pada perkhidmatan premium, sekaligus menjana trafik palsu bagi mengumpul komisen.
Google sudah membuang ai.type daripada gedung muat turun PlayStore pada Jun lepas namun ia dikatakan masih ditawarkan pada platform muat turun aplikasi Android yang lain.
Aktiviti meragukan ekoran dari penggunaan ai.type ini sudah direkodkan pada 13 negara dengan Brazil dan Mesir yang tertinggi.
Dua tahun lalu, laman XDA-Developers juga ada melaporkan ai.type terbabit dengan isu kebocoran data membabitkan 31 juta pengguna yang didakwa berpunca daripada pangkalan data dalam talian mereka tidak dilindungi dengan kata laluan.
Jadi sekiranya papan kekunci emoji ini ada pada peranti anda, bolehlah nyahpasang dalam kadar segera.
Sumber: Secure-D
Berkaitan
- Google Maps Tambah Beberapa Ikon Dan Warna Baru, Jadikan Carian Lebih Pantas
- Kemaskini PUBG Mobile Sudah Mula Ditawarkan Di Google PlayStore
- Google+ Dilanda Masalah Lagi, Tarikh Penamatan Dianjak 4 Bulan Lebih Awal
- Google Pixel 3A Dan 3A XL Dikhabarkan Bakal Hadir Dengan Skrin OLED Dan Snapdragon 670
- Google Berkemungkinan Keluarkan Telefon Edisi Khas YouTube
- Google Akan Tamatkan Perkhidmatan Google Drive Mac Tahun Hadapan, Diganti Dengan Backup & Sync
- Google Chrome Untuk Android Kini Menyokong Mod Gelap, Ini Cara Untuk Aktifkannya
- 7 Aplikasi Permainan Berbayar Ini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma Dari Google PlayStore
- Google Mungkin Keluarkan Pixel Yang Lebih Murah, Pixel 3 Lite
- Papan Iklan Apple Dikatakan Menyindir Google, Android Dan Alexa