Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ancaman AI Kepada Dunia Lebih Besar Berbanding Korea Utara – Elon Musk

Ancaman AI Kepada Dunia Lebih Besar Berbanding Korea Utara – Elon Musk

Diterbitkan September 6, 2017 · Dikemas kini September 6, 2017 oleh Helmi Samsuri

“Ancaman AI Kepada Dunia Lebih Besar Berbanding Korea Utara”, inilah yang digambarkan oleh Elon Musk pada tweet beliau.

Pemilik Tesla dan juga SpaceX itu mendakwa, kekuatan AI atau kecerdasan buatan yang dipelopori di peringkat antarabangsa mungkin boleh menyebabkan perang dunia ke-3 tercetus.

Negara-negara besar seperti China, Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai kepakaran komputer sains pasti bersaing dalam membangunkan kecerdasan buatan dan inilah yang membimbangkan Musk.

Ancaman AI Kepada Dunia Lebih Besar Berbanding Korea Utara – Elon Musk

 

Ancaman AI Kepada Dunia Lebih Besar Berbanding Korea Utara – Elon Musk

Beliau menambah lagi, mungkin perang dunia ke-3 dimulakan secara tidak sengaja oleh kecerdasan buatan jika ia diberi keupayaan untuk melancarkan serangan.

Tetapi nama-nama besar dalam industri teknologi beranggapan kebimbangan yang diutarakan oleh Elon Musk itu adalah tafsiran yang salah oleh beliau.

Bulan lalu, Musk dan 100 pakar dalam bidang robotik dan kecerdasan buatan menggesa Amerika Syarikat mengambil tindakan terhadap penggunaan senjata api autonomi yang boleh menggugat kesejahteraan dunia.

Kebimbangan terhadap kecerdasan buatan turut mendapat kritikan daripada pemilik Facebook, Mark Zuckerberg.

Sumber: Elon Musk via The Telegraph

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY