AMD Umum 3 CPU Berkuasa Baharu Di Bawah Siri Ryzen 3000 XT

Hari ini AMD telah mengumumkan penambahan model CPU baharu dalam keluarga Ryzen Gen 3 iaitu Ryzen 9 3900XT, Ryzen 7 3800XT, dan Ryzen 5 3600XT. Siri XT ini merupakan siri yang baru diperkenalkan memfokuskan kepada golongan yang mahukan prestasi semaksimum mungkin.

3 CPU ini hadir dengan kelajuan maksimum CPU yang tinggi berbanding model yang lain untuk menawarkan pengalaman teras tunggal yang lebih pantas. Ia juga masih menggunakan senibina Zen 2 dan dihasilkan dari 7nm proses seperti siri Ryzen 3000 yang lain.

Ini merupakan spesifikasi mereka:

AMD Ryzen 9 3900XT

  • 24 teras / 24 bebenang

  • 3.8GHz kelajuan mula / 4.7GHz kelajuan maksimum

  • 70MB cache

  • 105W TDP

  • Soket AM4

  • Harga jualan: $499 (~RM2,135)


AMD Ryzen 7 3800XT

  • 8 teras / 16 bebenang

  • 3.9GHz kelajuan mula / 4.7GHz kelajuan maksimum

  • 36MB cache

  • 105W TDP

  • Soket AM4

  • Harga jualan: $399 (~RM1,707)


AMD Ryzen 5 3600XT

  • 6 teras / 12 bebenang

  • 3.8GHz kelajuan mula / 4.5GHz kelajuan maksimum

  • 35MB cache

  • 95W TDP

  • Soket AM4

  • Harga jualan: $249 (~RM1,065)


Untuk prestasi yang lebih optimum, AMD menyarankan penggunaan penyejuk CPU AIO dengan minimum radiator 280mm ataupun kipas penyejuk udara yang setaraf.

Di dalam kotak, hanya Ryzen 5 3600XT yang akan disertakan dengan penyejuk AMD Wraith Spire, manakala 3800XT dan 3900XT tidak akan disertakan apa-apa penyejuk. Ini adalah disebabkan AMD lebih menggalakkan penggunaan penyejuk pihakĀ  ketiga yang kebiasaannya lebih efektif untuk penyejukan.

Untuk tarikh jualan, ketiga-tiga cip ini akan dijual di seluruh dunia mulai awal bulan Julai 2020 nanti.

Beli produk AMD di -
Lazada: https://invol.co/clp6ui
Shopee: https://invol.co/clp6ul