Ditawarkan untuk versi komputer meja dan komputer riba.
Advanced Micro Devices, Inc (AMD) hari ini mengumumkan kehadiran siri terbaru kad grafik Radeon RX 5500. AMD menyatakan, Radeon RX 5500 memberikan peningkatan prestasi kuasa grafik komputer sehingga 37% apabila pengguna memainkan permainan komputer pada paparan 1080p.
Sekaligus memberikan kepuasan pengalaman bermain kepada para peminat tegar permainan komputer.
Walaubagaimanapun, buat masa ini Radeon RX 5500 hanya ditawarkan pada pengeluar beberapa jenama komputer sahaja seperti Acer, HP, Lenovo dan MSI sahaja.
bermakna, anda terpaksa membeli model komputer terbaru dari pengeluar-pengeluar tersebut bagi dapat merasai kuasa prestasi grafik Radeon RX 5500 yang ditawarkan pada komputer meja dan komputer riba.
Bagi para peminat komputer meja pula, AMD Radeon RX 5500 hanya akan ditawarkan dalamb bulan November nanti menerusi siri komputer meja keluaran HP’S OMEN Obelisk dan Pavilion Gaming serta Lenovo Legion T530 dan IdeaCentre T540 Gaming PC.
Sementara komputer meja Acer pula, GPU Radeon RX 5500 hanya akan hadir dalam awal Disember 2019 nanti menerusi Acer Nitro 50.
Manakala bagi kad grafik dari pihak ketiga yang menggunakan cip grafik Radeo RX 5500 hanya akan hadir pada suku ke-4 tahun ini.
Untuk info lanjut, sila layari laman rasmi AMD Radeon™ RX 5500 Graphics.
Berkaitan
- Siri AMD Ryzen Dan Athlon 7020 C-Series Kuasakan Chromebook, Bateri Bertahan Sehingga 19.5 Jam
- AMD Menguasakan Komputer Paling Berkuasa Di Dunia
- MSI Umum Sokongan RAM DDR5 Di 'Motherboard' AMD Siri AM5 Sehingga 192GB
- AMD Mengumumkan Generasi Ke-3 Ryzen 3100 Dan 3300X Serta Set Cip AMD B550
- Penggodam Dakwa Berjaya Curi Data Bersaiz 450GB Dari Pelayan AMD
- 2 Model Kad Grafik Terbaru AMD Radeon Ini Kini Di Pasaran Tempatan
- AMD Ryzen 7 5800X3D Dilancarkan, Yang Pertama Dilengkapi Teknologi AMD 3D V-Cache™
- (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
- Tanpa Kad Grafik Pun, Cip Baharu AMD Mampu Capai 132fps Dalam Permainan
- Kemas Kini WSA Windows 11 Tingkatkan Prestasi Cip AMD Dan Intel Sehingga 50% - Microsoft