Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Melancarkan Kad Grafik Radeon Pro VII

AMD Melancarkan Kad Grafik Radeon Pro VII

Diterbitkan Mei 14, 2020 · Dikemas kini Mei 14, 2020 oleh ariff bukhari

Kad grafik berprestasi tinggi terbaru yang dilengkapi 16GB VRAM.

Advanced Micro Devices (AMD) hari ini telah melancarkan model terbaru kad grafik komputer berprestasi tinggi iaitu Radeon Pro VII.

Kad grafik dalam kelas prestasi profesional ini menawarkan kapasiti memori video (VRAM) 16GB, sesuai untuk komputer bagi tujuan seperti ‘render farm‘ bagi melaksanakan proses sintesis video serta animasi untuk skala industri.

Spesifikasi Radeon Pro VII dengan sistem VRAM 16GB, HBM2 dan padanan ‘bandwidth‘ 1TB membolehkan ia memproses sehingga 6.5 TFLOPS data.

AMD Melancarkan Kad Grafik Radeon Pro VII
Radeon Pro VII tidak mempunyai sambungan HDMI atau DVI. Sebaliknya paparan disambungkan menerusi sambungan 6x Mini-DisplayPort 1.4.

Pelancaran Radeon Pro VII ini dilihat sebagai usaha agresif AMD bagi mencabar Nvidia sekaligus merapatkan jurang dalam keperluan industri semasa.

“Today’s professionals are challenged to meet high pressure deadlines under increasingly tight budgets while aiming to deliver world-class results. “They demand more from their graphics card, and AMD Radeon Pro VII delivers. It provides innovative, high-performance technologies that allow users to easily manage larger, more complex simulations, create and manage exceptionally high-resolution digital media and digital signage content, and develop advanced HPC applications to drive new waves of scientific discovery on large scale supercomputer deployments.” Scott Herkelman, Timbalan Presiden Korporat Dan Pengarah Pengurusan Unit Perniagaan Grafik AMD.

Radeon Pro VII dijual pada harga USD1,899.00,unit (sekitar RM8,200.00/unit).

Sumber: AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY