Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ryzen GEN 3

AMD Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen Threadripper Generasi Ke-3

Diterbitkan September 21, 2019 oleh ariff bukhari

Dijangka akan diperkenalkan dalam bulan November tahun ini.

Advanced Micro Devices, Inc (AMD) hari ini mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri terbaru cip pemprosesan AMD Threadripper generasi ketiga dalam bulan November nanti.

Walaubagaimanapun, tiada butiran lanjut yang dikongsikan berkenaan cip pemprosesan tersebut.  Tetapi ia mungkin akan dilengkapi dengan kuasa pemprosesan antara 2.2GHz sehingga 4.17GHz (32 core).

Ryzen GEN 3

Setakat tahun ini, AMD telah pun melancarkan barisan cip pemprosesan AMD Ryzen 3000, AMD EPYC generasi ketiga dan kad grafik AMD Radeon RX 5700.

Namun begitu, sehingga kini para pengguna masih berdepan dengan isu limitasi bagi mendapatkan cip pemprosesan AMD Ryzen tersebut.

Malah dijangkakan isu kesukaran pengguna bagi mendapatkan cip berprestasi tinggi dari AMD ini akan terus berlaku sepanjang tahun ini.

Tetapi pihak AMD telah menyatakan bahawa mereka sedang berusaha bagi memenuhi permintaan cip pemprosesan mereka di pasaran.

amd demand

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY