AmBank Akan Lancar e-Dompet Pada Bulan Hadapan

Kearah masyarakat tanpa tunai, sejumlah perkhidmatan e-dompet telah diperkenalkan di Malaysia terdiri daripada organisasi dan syarikat ternama.

Menambah satu lagi perkhdimatan e-dompet untuk mengaplikasikan ekonomi digital di Malaysia, AmBank telah mengumumkan pelancaran servis tanpa tunai itu bermula bulan hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata kepada pemberita, e-Dompet berkenaan akan memudahkan pengguna membuat bayaran langgan telco dilebih 50,000 peruncit.

Servis yang bakal dilancarkan ini merupakan kerjasama AmBank dengan salah sebuah syarikat telco gergasi dalam negara.

Sumber dan kredi foto: Frontdesk