Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kindle colorful_

Amazon Perkenal Kindle Pertama Dengan Paparan Berwarna

Diterbitkan Oktober 17, 2024 · Dikemas kini Oktober 17, 2024 oleh Amalina Athman

Amazon hari ini melancarkan Kindle pertama yang mempunyai paparan berwarna, iaitu Kindle Colorsoft Signature Edition.

Bagi yang belum tahu, Kindle merupakan peranti elektronik yang direka khas untuk membaca buku digital atau e-buku. Ia menggunakan teknologi paparan e-ink, yang membuatkan skrin kelihatan seperti kertas dan lebih mudah dibaca dalam cahaya terang, berbanding skrin biasa.

Kindle Colorsoft_2

Berbalik kepada konteks, Kindle Colorsoft menawarkan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan berwarna “seperti kertas”. Ia mempunyai resolusi 300ppi untuk hitam dan putih, serta 150ppi untuk warna.

Kindle Colorsoft_1

Selain itu, Kindle Colorsoft dilengkapi sensor lampu hadapan dengan pelarasan automatik yang boleh menyesuaikan kecerahan skrin berdasarkan keadaan pencahayaan sekeliling.

Pengguna juga mempunyai keupayaan untuk highlight dalam warna kuning, oren, biru atau merah jambu dan mencari semula bahagian yang ditanda mengikut warna.

download (2)

Lain-lain termasuk sokongan kalis air IPX8, 32GB storan, pengecasan USB-C dan wayarles, serta ketahanan bateri sehingga lapan minggu.

Kindle Colorsoft Signature Edition ditawarkan pada harga $279.99 (~RM1,203) dengan warna Metallic Black.

Berkaitan

  • Amazon Perkenal Rufus, AI Yang Bantu Pengguna Beli Barang
  • Tak Perlu Konsol, Anda Kini Boleh Main Terus 'Game' Xbox Guna Amazon Fire TV
  • AWS Lancar Wilayah Infrastruktur Di Malaysia
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: Amazon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY