Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazon Bertindak Mencabar Keputusan Pentagon Yang Memberikan Kontrak “JEDI” Kepada Microsoft

Amazon Bertindak Mencabar Keputusan Pentagon Yang Memberikan Kontrak “JEDI” Kepada Microsoft

Diterbitkan November 25, 2019 oleh ariff bukhari

Kontrak itu bernilai USD10 bilion.

Amazon dilaporkan telah memfailkan saman terhadap pihak Pentagon di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat bagi mencabar keputusan Jabatan Pertahanan itu memberikan kontrak yang dikenali sebagai Joint Enterprise Defense Infrastructure (JEDI) bernilai AS$10 bilion (RM166 bilion) kepada Microsoft Corp.

Walaupun Amazon tidak menyatakan sebab utama mengapa saman itu dibuat tetapi sebelum ini Amazon dilaporkan pernah mendakwa keputusan pemberian kontrak itu kepada Microsoft sebagai berat sebelah dan mengesyorkan ia ada melibatkan pengaruh politik.

Walaubagaimanapun, Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper telah menolak sebarang dakwaan pilih kasih dalam keputusan Pentagon memberikan kontrak kepada Microsoft.

Microsoft turut respon dan menyatakan keputusan Pentagon menganugerahkan mereka kontrak JEDI berbanding Amazon sebagai keputusan yang adil.

“We believe the facts will show they (DoD) ran a detailed, thorough and fair process in determining the needs of the warfighter were best met by Microsoft,” Microsoft.

Amazon sebelum ini telah disebut-sebut sebagai firma yang bakal mendapat kontrak berkenaan. Walaubagaimanapun, Microsoft telah membuat kejutan apabila muncul sebagai firma yang menerima kontrak tersebut.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY