Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazfit T-Rex Pro

Amazfit T-Rex Pro Kini Dilancarkan, Berharga RM659

Diterbitkan Mac 24, 2021 · Dikemas kini Mac 24, 2021 oleh Amalina Athman

Amazfit kini mengumumkan Amazfit T-Rex Pro, yang merupakan model naik taraf daripada Amazfit T-Rex sebelum ini.

Amazfit T-Rex Pro Kini Dilancarkan, Berharga RM659

Amazfit T-Rex Pro dilengkapi skrin bersaiz 1.3-inci AMOLED dengan resolusi HD (360 x 360) serta fungsi Always-on Display. Rekaan jam berbentuk bulat ini menggunakan bahan binaan berasaskan polycarbonate dengan tali silikon.

Secara keseluruhan, lebih 100 mod workout tersedia pada T-Rex Pro termasuk berjalan, berlari, berenang, berbasikal, aktiviti luar dan sebagainya. Ia juga mempunyai ketahanan kalis air sehingga 10 ATM.

Amazfit T-Rex Pro Kini Dilancarkan, Berharga RM659

Untuk ketahanan bateri, ia dimuatkan dengan kapasiti 390mAh yang boleh menjangkau sehingga 18 hari bagi penggunaan biasa.

T-Rex Pro turut dilengkapi sensor BioTracker PPG generasi kedua, di mana ia dapat memantau kadar denyutan jantung dengan lebih tepat. Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.0, GPS, dan sebagainya.

2403 (1)

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Meteorite Black, Desert Grey dan Steel Blue. Amazfit T-Rex Pro ditawarkan pada harga RM659 dan sudah boleh dipra-tempah bermula 24 Mac 2021, melalui Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY