Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-27T103400.605

Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam ‘Controller’ Xbox

Diterbitkan Jun 27, 2024 oleh Muhd Idham

Setelah lima tahun penantian, alat kawalan berlesen yang rasmi untuk Steam bakal dilancarkan oleh Hori Store pada 31 Oktober 2024 selepas Valve Corporation menghentikan operasi pembuatannya itu. Bermakna, alat kawalan ini bukanlah Valve yang cipta tetapi pihak lain yang berlesen membangunkannya.

Seperti yang anda lihat, alat kawalan ini akan hadir dalam empat jenis pilihan warna dengan reka bentuk yang moden serta funki dan kelihatan seperti rekaan alat kawalan terbaru daripada Xbox apabila dilihat sekali pintas.

Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam ‘Controller’ Xbox
Midnight Black
Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam ‘Controller’ Xbox
Shiny White
Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam ‘Controller’ Xbox
Neon Yellow
Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam ‘Controller’ Xbox
Luminous Violet

Produk ini dilengkapi dengan empat butang tambahan yang boleh diatur kaedah penggunaannya melalui tetapan aplikasi dan kawalan gyro untuk pemandangan semasa bermain di mod Steam.

Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam ‘Controller’ Xbox
Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam ‘Controller’ Xbox
Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam ‘Controller’ Xbox

Selain itu, ia juga menyokong sambungan secara Bluetooth dan berwayar.

Lain-lain ciri yang hadir adalah fungsi butang tekan lama yang mampu memberi input tekanan berkali-kali dan kayu analog yang hanya memberi respon apabila bersentuhan dengan jari.

Buat masa sekarang, ketersediaan produk ini hanya untuk penduduk Jepun sahaja dengan tetapan harga yang sama untuk semua pilihan warna, iaitu 7,890 yen (~RM234).

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Jacob & Co. Lancar Jam Tangan Bugatti Tourbillon, Terhad 150 Unit
  • Ura-Ura Kuasa AI iPhone 16 Didakwa Lebih Berkuasa Berbanding M4
  • Instagram Bangunkan Ciri Kongsi Akses Akaun Tanpa Dedahkan Kata Laluan
  • Aplikasi Temu Didakwa 'Malware Berbahaya', Peguam Negara Arkansas Failkan Saman

Sumber: Hori Store

Rujukan: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY