Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Temu apps

Aplikasi Temu Didakwa ‘Malware Berbahaya’, Peguam Negara Arkansas Failkan Saman

Diterbitkan Jun 27, 2024 · Dikemas kini Jun 27, 2024 oleh Amalina Athman

Peguam Negara Arkansas, Tim Griffin telah memfailkan saman terhadap syarikat induk Temu – PDD Holdings dan WhaleCo, mendakwa aplikasi itu melanggar undang-undang terhadap amalan perdagangan yang menipu dan berfungsi sebagai perisian hasad.

Berkaitan

  • Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) Dilaporkan Jerat Pengguna Di Malaysia Dengan Hutang
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Pemfailan itu mendakwa aplikasi Temu direka untuk mendapatkan akses tanpa had kepada sistem pengendalian telefon pengguna, termasuk kamera, lokasi spesifik, senarai kenalan, teks mesej, dokumen dan aplikasi lain.

Ia juga boleh mengatasi tetapan privasi data peranti dan mendapat keuntungan dengan pengumpulan data yang tidak dibenarkan.

Temu is not an online marketplace like Amazon or Walmart. It is a data-theft business that sells goods online as a means to an end…Though it is known as an e-commerce platform, Temu is functionally malware and spyware.

Selain itu, Griffin turut membangkitkan mengenai risiko keselamatan negara. Tuntutan itu mendakwa pakar keselamatan telah membuat kesimpulan bahawa aplikasi Temu adalah lebih berbahaya daripada Pinduoduo, aplikasi e-dagang lain yang juga dimiliki oleh PDD Holdings.

Security experts have concluded that the Temu app is “even more ‘malicious’ than the suspended pinduoduo app.”

Pada pertengahan 2023, Apple App Store juga pernah menggantung aplikasi Temu kerana salah nyata mengenai jenis data yang boleh diakses atau dikumpul daripada pengguna.

Seterusnya, ia menyebabkan pelbagai penyiasatan terhadap urusan syarikat itu, termasuk siasatan berterusan yang dijalankan oleh Kongres Amerika Syarikat.

Berbalik kepada konteks, tuntutan itu meminta perintah yang melarang amalan perdagangan yang menipu dan pelanggaran privasi pengguna Temu, mengenakan penalti sivil dan sebagainya.

Sumber: Arkansas AG

Rujukan: The Verge, Talk Business

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY