Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jacob & Co. Bugatti Tourbillon

Jacob & Co. Lancar Jam Tangan Bugatti Tourbillon, Terhad 150 Unit

Diterbitkan Jun 26, 2024 · Dikemas kini Jun 26, 2024 oleh ariff bukhari

Tidak lama selepas Bugatti melancarkan model terbaru kereta berprestasi tingginya, Bugatti Tourbillon, pengeluar jam ultra mewah terkemuka, Jacob & Co. melancarkan model jam tangan terbaru yang diinspirasikan dari kereta Bugatti tersebut.

Jam tangan Jacob & Co. Bugatti Tourbillon itu mengekalkan tradisinya dengan menampilkan replika enjin Bugatti baharu yang berfungsi bagi menguasakan kereta itu.

Jacob & Co. Bugatti Tourbillon
Bugatti telah menggantikan enjin W16 cas quad-turbo “lama” dengan enjin V16 beraspirasi semula jadi yang baharu.

Jacob & Co. berkata, pada September 2022 dan Januari 2023, pengasasnya Jacob Arabo dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benjamin Arabov telah melawat studio reka bentuk Bugatti di mana mereka bekerjasama dengan pasukan reka bentuk Bugatti untuk mendapatkan pratonton awal kereta Bugatti Tourbillon bagi membolehkan mereka bersiap sedia untuk membuat kejuruteraan jam tangan tersebut.

Jacob & Co. menyahut cabaran itu dan membina asas yang telah ditubuhkan menerusi jam tangan Bugatti Chiron sebelum ini.

Prinsipnya ialah, blok enjin diukir daripada blok kristal nilam lutsinar dan 16 ombohnya dimesin daripada blok kecil titanium, yang dipasang dan digerakkan oleh aci engkol paksi tunggal. Sama sepertimana enjin yang digunakan dalam kereta Bugatti tersebut.

Jacob & Co. Bugatti Tourbillon
Jam tangan ini lengkap dengan empat set manifold ekzos Bugatti Tourbillon.

Seperti halnya dengan 1,000 kuasa kuda yang dijana dari enjin V16, 8.3 liter dalam kereta Bugatti Tourbillon, “enjin” di dalam jam tangan Jacob & Co Bugatti Tourbillon ini juga perlu dimesin dan dipasang dengan ketepatan yang luar biasa, jika tidak, aci engkol dan semua alur kecil termasuklah pin, omboh, kerangka dan titik pelekapnya akan gagal berfungsi.

Malah Jacob & Co. telah memastikan bahawa urutannya adalah benar sama seperti enjin kereta Bugatti itu.

Jam tangan Jacob & Co. Bugatti Tourbillon ini ditawar pada harga USD340,000 (~RM1.6 juta) dan terhad kepada 150 unit pengeluaran sahaja.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Google Sahkan Tarikh Pelancaran Siri Pixel 9

Sumber: Jacob & Co.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY