Aksesori yang menerima pengesahan Made for iPhone/iPad/iPod (MFi).
Anker telah mengumumkan aksesori terbaru khusus untuk digunakan bersama model iPhone 11 dan iPhone 11 Pro. Anker LED Flash adalah aksesori lampu bagi menambah baik pencahayaan bagi peminat tegar fotografi iPhone.
Anker menyatakan, LED Flash mereka mampu menyokong tangkapan gambar sehingga 10,000 shot pada setiap kali dicas penuh, cahaya yang mampu mencapai sehingga 2 kali ganda jarak serta 4 kali lebih terang dari lampu kamera terbina dalam peranti.
Anker memaklumkan, aksesori LED Flash ini akan ditawarkan untuk tempahan bermula dari Januari 2020 nanti menerusi Amazon.com. Aksesori Anker LED Flash ini akan dijual pada tanda harga USD49.99.
Produk terbaru dari Anker ini juga merupakan aksesori lampu pertama yang menerima pengesahan rasmi untuk digunakan bersama iPhone (MFi).
MFI adalah program khas yang diwujudkan Apple bagi membolehkan pengeluar-pengeluar aksesori pihak ketiga mendapatkan lesen dari Apple untuk komponen perkakasan, alatan, dokumentasi, sokongan teknikal dan logo rasmi pensijilan yang diperlukan untuk membuat aksesori audio AirPlay dan aksesori elektronik yang menyambung ke peranti iPod, iPhone dan iPad.
Berkaitan
- Ini Senarai Papan Litar BIOSTAR Yang Tersedia Menyokong Windows 11
- iPhone Akan Datang Mungkin Tiada Lagi Sambungan Berwayar
- Sebanyak 2000 Unit iPhone Diedar Kepada Penumpang Yang Berada Di Atas Kapal Persiaran Diamond Princess
- Windows 10 Akan Dilengkapi Ciri Peningkatan Prestasi Berdasarkan Keupayaan Cip Pemprosesan
- Samsung Melancarkan Komputer Riba Galaxy Book Pro Dan Galaxy Book Pro 360
- Pengguna iPhone Kini Boleh Memuat Turun Kandungan App Store Bersaiz Sehingga 200MB Menerusi Sambungan Selular
- Apple Kata Jangan Bimbang Jika Tiada 'Casing' Sebab Itu iPhone
- SKMM Menjemput Penyelidik Kemukakan Kertas Cadangan Program Geran Kajian Masyarakat Digital
- Berbeza Dengan Ciri "Face Unlock" iPhone, Pixel 4 Mengesahkan Imbasan Wajah Walaupun Penggunanya Menutup Mata
- Xiaomi Mi 10T Pro Terima Kemas Kini MIUI 12.5.5