Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akses Ke Gudang Steam Disekat Mungkin Disebabkan Permainan Kontroversi Fight of God

Akses Ke Gudang Steam Disekat Mungkin Disebabkan Permainan Kontroversi Fight of God

Diterbitkan September 8, 2017 · Dikemas kini September 8, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berita menggemparkan bagi “gamer” tanah air apabila, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM) telah menyekat akses pemain ke gudang Steam.

Difahamkan tindakan ini diambil berikutan terdapatnya satu permainan dikenali sebagai Fight of Gods yang menampilkan beberapa karakter yang berunsur ketuhanan seperti Jesus, dan Buddha. Selain itu, dilaporkan juga terdapat beberapa permintaan daripada peminat permainan berkenaan supaya karakter Nabi Muhammad turut diletakkan di dalam Fight of God.

Menurut laman Lowyat.net, SKMM telah menghubungi Valve dan mengarahkan supaya  permainan itu disekat penawarannya di Malaysia dalam masa 24 jam dan jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil.

Walaubagaimanapun, pengguna Steam masih boleh bermain permainan di platform terbabit tetapi hanya akses ke gudang Steam sahaja yang disekat.

Wiser.my sudah menghubungi pihak SKMM dan kami akan menghebahkan jika terdapat sebarang maklum balas.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY