Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Ais Purba Dari Antartika Mungkin Bantu Ramal Iklim Abad Ini

Diterbitkan Julai 31, 2025 oleh Amsyar Latif

Di sebuah makmal sejuk di Brussels, saintis memotong ais dari Antartika yang berusia puluhan ribu tahun. Di dalam silinder ais itu terdapat gelembung udara purba yang boleh mendedahkan keadaan atmosfera bumi pada masa lalu.

Projek ini dijalankan oleh penyelidik dari Vrije Universiteit Brussel (VUB) dan Université Libre de Bruxelles (ULB) yang berusaha mendapatkan ais tertua dunia dengan kos rendah.

Mereka menggunakan data satelit untuk mencari kawasan khas yang dipanggil blue ice, di mana ais purba ditolak ke permukaan oleh pergerakan glasier dan tidak dilitupi salji akibat tiupan angin kuat.

AFP
Foto: AFP

Kawasan blue ice sangat jarang dan hanya meliputi sekitar satu peratus daripada Antartika. Salah satu lokasi yang dikaji terletak 60 kilometer dari Stesen Penyelidikan Princess Elisabeth milik Belgium.

Pasukan tersebut membawa pulang 15 batang teras ais sepanjang 60 meter untuk dianalisis di makmal di Belgium, Perancis dan China.

Mereka berharap ais yang diambil dari kedalaman 10 meter itu berusia sekitar 100,000 tahun.

Jika berjaya, pasukan akan kembali menggali lebih dalam untuk mencari ais yang mungkin berusia hingga lima juta tahun.

Ais ini berpotensi membantu saintis memahami hubungan antara suhu global dan paras karbon dioksida semasa zaman iklim panas terdahulu, yang penting untuk menjangka iklim masa depan.

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY