Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Cakap AirTag Bukan Dicipta Untuk Dua Perkara Ini

AirTag 2 Dijangka Bakal Diperkenal Pertengahan Tahun Hadapan

Diterbitkan November 26, 2024 oleh Rushsyafizal

Setelah lebih tiga tahun tanpa kemas kini, Apple kini dikhabarkan sedang membangunkan versi kedua AirTag. Produk ini, yang dijangka dilancarkan pada pertengahan 2025, bakal hadir dengan beberapa penambahbaikan menarik.

Menurut Mark Gurman, AirTag generasi kedua ini sedang menjalani ujian pengeluaran dan dirancang untuk diperkenalkan pada pertengahan tahun depan. Sumber lain, Ming-Chi Kuo, turut menyokong jangkaan ini, walaupun produksi besar-besaran telah ditunda ke tahun 2025.

AirTag 2 akan menggunakan cip Ultra Wideband (UWB) baharu, sama seperti pada siri iPhone 15, untuk meningkatkan keupayaan penjejakan lokasi secara tepat.  Walaupun reka bentuk asas dijangka kekal, pembesar suara akan direka agar lebih sukar untuk ditanggalkan, sebagai langkah anti-pengintipan.

Ia dibina dengan peningkatan cip UWB, AirTag 2 akan menawarkan jarak ketepatan pencarian yang lebih jauh. AirTag 2 akan terus menggunakan bateri jenis “coin cell” seperti model terdahulu, bukan bateri yang boleh dicas semula. Ini telah disahkan oleh Gurman dalam laporan terbaharu.

Khabar angin menunjukkan AirTag 2 mungkin mempunyai integrasi dengan Vision Pro, tetapi butiran lanjut masih belum diketahui.

Versi kedua ini menjanjikan pengalaman penjejakan yang lebih baik dan pelbagai fungsi tambahan untuk pengguna. Dengan peningkatan ini, Apple nampaknya bersedia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran aksesori pintar. Nantikan pengumuman rasmi Apple mengenai produk ini pada 2025.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Sistem Imigresen Dengan Teknologi AI Dijangka Siap Pada 2028
  • MCMC Diminta Teliti Saluran Notis Bencana Tanpa Perlu Melalui SMS - Fahmi
  • Waspada SMS Penipuan Berkaitan Lesen Memandu - JPJ
  • Indonesia Mahu Pelaburan Lebih Besar Untuk Tarik Larangan Jualan iPhone 16

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY