Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirPods 4 Hadir Dalam Dua Varian, Harga Bermula RM599

AirPods 4 Hadir Dalam Dua Varian, Harga Bermula RM599

Diterbitkan September 10, 2024 oleh Amsyar Latif

Selain Apple Watch dan siri iPhone 16, Apple turut memperkenalkan AirPods 4 bersama-sama AirPods Max dengan USB-C dan juga AirPods Pro dengan ciri baharu.

Peranti ini memang dinaik taraf berbanding model terdahulu. Ia kini hadir dengan dua varian, iaitu AirPods 4 dan AirPods 4 ANC (dengan pembatalan hingar aktif).

Apple berkata, AirPods bukan pro ini menampilkan kualiti bunyi yang baik serta juga paling selesa berbanding model terdahulu. Kualiti audio juga dipertingkat yang mana dilengkapi cip Apple H2 dan juga ada ciri conversation awareness dan adaptive audio.

Walau bagaimanapun, ciri mod transparency dan adaptive audio hanya tersedia untuk varian ANC sahaja.

Screenshot 2024-09-10 at 1.31.54 AM
AirPods 4

Dari segi bekas simpanannya, ia hadir dengan pembesar suara di mana pengguna boleh mencari AirPods 4 dengan mudah atau memberi notis pemberitahuan sekiranya ada panggilan masuk. Bekas ini juga menyokong pengecasan USB-C dan juga boleh dicas tanpa wayar.

AirPods 4 Hadir Dalam Dua Varian, Harga Bermula RM599

Untuk AirPods Max pula, tiada penambahan baharu selain daripada kemas kini warna dan juga menyokong pengecasan USB-C.

AirPods Pro 2 dengan ciri baharu

Akhir sekali, AirPods Pro 2 menerima naik taraf dari segi perisian dan ciri-cirinya. Ia lebih kepada sokongan untuk pendengaran.

Harga

AirPods 4 dijual pada tanda harga RM599 dan varian ANC pula RM829. AirPods Max dan AirPods Pro 2 masih lagi sama, RM2,499 dan RM1,099.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY