Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI x Air Asia BIG Loyalty App

Ahli AirAsia BIG Boleh Dapatkan Baucar RM200 Dari Huawei Dengan Cara Berikut

Diterbitkan Mei 21, 2020 oleh Helmi Samsuri

Dalam membawakan pelbagai promosi menarik kepada pengguna, Huawei kini telah bekerjasama dengan BIG Loyalty bagi menebus tawaran Huawei menggunakan mata ganjaran AirAsia BIG.

Melalui penawaran ini, ahli-ahli BIG kini boleh menebus baucar tunai RM200 dari Huawei Store menerusi aplikasi terbaharu, BIG Loyalty.

HUAWEI x Air Asia BIG Loyalty App

Baucar ini seterusnya boleh digunakan untuk beberapa telefon pintar Huawei terpilih seperti siri Huawei P30, Huawei Mate 30 atau Mate 30 Pro dari Huawei Store.

HUAWEI Mate 30 Pro
HUAWEI Mate 30
HUAWEI P30 Pro
HUAWEI P30

Bagi mendapatkan baucar ini, ahli hanya perlu menggunakan 125 mata ganjaran. Ahli BIG boleh mendapatkan 125 mata secara percuma melalui kod GETBIGDEALS pada bahagian BIG Points Code di dalam aplikasi BIG Loyalty. Sejumlah 1,500,000 mata ganjaran telah disediakan bersempena dengan pengenalan aplikasi BIG Loyalty.

 

Cara untuk tebus baucar Huawei Store RM200

  1.  Log masuk aplikasi BIG Loyalty
  2. Pergi ke bahagian Promo Huawei RM200 Cash
  3. Tebus baucar dengan mata ganjaran sebanyak 125
  4. kod Promo akan dihantar melalui e-mel
  5. Gunakan kod Promo untuk menikmati pembelian telefon pintar terpilih dari Huawei Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY