Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adobe Shockwave Bakal Ditamatkan April Ini

Adobe Shockwave Bakal Ditamatkan April Ini

Diterbitkan Februari 27, 2019 ยท Dikemas kini Februari 27, 2019 oleh Helmi Samsuri

Adobe hari ini telah mula menghantar e-mel pemberitahuan kepada pengguna tentang penamatan produk Shockwave untuk Windows bermula 9 April 2019.

Ditawarkan sejak 1995 lagi oleh Macromedia, Shockwave adalah plugin format media interaktif sebelum kedatangan Flash.

Kira-kira 10 tahun kemudiannya, keseluruhan produk web interaktif milik Macromind, termasuk Flash dan Shockwave, diambil alih Adobe dan dijenamakan dibawah namanya.

Adobe Shockwave Bakal Ditamatkan April Ini
Imej: Reddit/BleepingComputer

Melihat kepada peralihan kepada HTML5, WebGL dan lain-lain, Adobe mengambil langkah menamatkan penawaran Shockwave bermula April depan.

Sebelum ini, kita juga sudah maklum tentang penamatan Adobe Flash yang dijadualkan berlangsung pada 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY