Adobe Bakal Menamatkan Riwayat Plug-In Flash Menjelang 2020

Adobe System telah memberitahu pihak mereka akan menamatkan plug-in Flash Player menjelang tahun 2020. Teknologi Flash ini suatu ketika dahulu popular dikalangan pengguna internet untuk menonton klip video dan bermain game.

Namun, Flash menerima pelbagai kritikan atas kelemahan sistem sekuriti mereka yang terdedah penggodam dan virus.

Ramai pengguna beralih ke teknologi HTML 5 yang menyediakan isi kandungan multimedia di dalam webpage tanpa perlu penonton memuat turun dan kemaskini Flash Player.



Antara pengkritik hebat Flash adalah Apple. Steve Job pernah menulis satu kenyataan tentang keupayaan perisian dan sekuriti Flash yang lemah. Oleh sebab itu, Flash Player tidak pernah disokong oleh peranti mudah alih iOS.

Apabila Adobe membeli Flash pada tahun 2005 dari Mecromedia, teknologi ini sudah digunakan dalam 98% komputer persendirian pada ketika itu.

Tetapi sejak kehadiran Chrome, pencarian web terbesar ketika ini, penggunaan Flash jatuh merudum. Pada tahun 2014, ianya digunakan oleh 80% pengguna PC. Sekarang hanya tinggal 17% pengguna sahaja.

Sumber: bbc.com