Adobe Premiere Pro CC Dengan Sokongan Asli Untuk Radeon Pro SSG

Baru-baru ini AMD dan Adobe telah mengumumkan satu solusi baru untuk produksi video beresolusi 4K dan 8K bagi mempercepatkan proses penyuntingan format video popular.

Akan mula diperkenalkan di NAB Show 2018 nanti, versi terbaru Adobe Premier Pro CC ini akan menyokong khusus kad grafik Radeon Pro SSG



Antara fungsi yang terdapat di dalam perisian Adobe Premier Pro CC ini adalah:

  • Sokongan untuk rakaman 4K dan 8K dalam format asli popular termasuk ARRI AMIRA, Canon XF & RAW, Panasonic AVC & P2, REDCODE RAW, dan Sony XDCAM. XAVC dan RAW

  • Isu pengurangan memori dan pengurangan CPU; membantu menghapuskan halangan yang dihadapi oleh penyunting semasa bekerja di dalam format resolusi tinggi.


Perisian ini sudah boleh didapati pada 3 April selepas ia diperkenalkan di NAB 2018, Las Vegas