Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Luaskan Senarai Produk ‘Vintage’ Yang Akan Mereka Baiki

Apple Luaskan Senarai Produk ‘Vintage’ Yang Akan Mereka Baiki

Diterbitkan November 2, 2018 oleh Wiser MY

Apple menyediakan program pembaikan untuk produk-produk mereka walaupun sudah habis tempoh warantinya. Namun program ini tidak meliputi semua generasi peranti mereka dan produk yang tidak diliputi program ini akan diklasifkasikan sebagai produk ‘vintage’ dan Apple tidak akan mengeluarkan lagi sebarang komponen gantian untuk produk ‘vintage’ mereka.

Apple bagaimanapun mengumumkan yang program tersebut akan diluaskan ke produk-produk ‘vintage’ sebelum ini untuk masa yang terhad. Antara peranti yang terlibat dengan program ini adalah:

  • iPhone 5 (GSM/CDMA)
  • MacBook Air (11 inci, pertengahan 2012)
  • MacBook Air (13 inci, pertengahan 2012)

Apple Luaskan Senarai Produk ‘Vintage’ Yang Akan Mereka Baiki

Untuk program Pilot yang terbaru ini, Apple hanya akan menawarkan pembaikan bergantung kepada stok komponen yang masih ada. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati kedai Apple berhampiran atau penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh Apple.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY