Perjanjian perlesenan berkenaan harta intelek x86 oleh AMD itu telah memecahkan dominasi teknologi yang selama ini dimanfaat oleh syarikat seperti Intel, AMD dan VIA Technologies.

Cip pemprosesan Dhyana tersebut mirip dengan cip AMD dari jenis EPYC yang tertumpu untuk aplikasi pelayan. Bahkan, kerja-kerja kod bantuan yang digunakan oleh cip EPYC juga boleh digunakan untuk cip Dhyana juga.
Kenyataan rasmi dari AMD mengatakan yang mereka tidak menjual rekaan akhir kepada rakan kongsi China mereka, Sebaliknya, rakan kongsi China mereka bersetuju menggunakan rekaan cip AMD dan menghasilkan cip mengikut permintaan pasaran pelayan China.

Perkembangan ini akan sekali lagi akan menghangatkan perang perdangangan antara China dan Amerika Syarikat. Pentadbiran Obama sebelum ini pernah menghalang Intel dari menjual pemprosesan Xeon mereka kepada China pada tahun 2015. Perkara sama juga berlaku ketika ini apabila ZTE masih lagi terdedah dengan larangan pembelian teknologi dari syarikat Amerika Syarikat walaupun Donald Trump sudah mengangkat larangan tersebut sebelum ini.
Berkaitan
- Grab Perkenal Program Baru Untuk Bantu Perniagaan Kecil Semasa PKP
- Cip AMD Didapati Mempunyai Kelemahan Sekuriti, CTS Lab
- AMD Memperkenalkan Radeon Pro Duo Dengan 2 GPU Polaris Dalam Satu
- Asus ZenFone Live, Telefon Pintar Bercirikan Hiburan Dengan Rekaan Terkini
- Apple Dijangka Kehilangan RM 40 Bilion Daripada Program Penukaran Bateri
- OnePlus Memperkenalkan Program Rujukan Menjelang Pelancaran OnePlus 5
- Google Memperkenalkan Program Perlindungan Khusus Untuk Akaun Berprofil Tinggi
- Ketua Grafik AMD Bertukar Kapal Ke Intel
- Menangi ROG Phone Dengan Setiap Pembelian Komputer Riba ROG
- Pengalaman 'Gaming' Pada ASUS ROG Phone 3 Dengan Paparan 144Hz