Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adobe Menawarkan 17,000 Font Kepada Pengguna iOS dan iPadOS 13

Adobe Menawarkan 17,000 Font Kepada Pengguna iOS dan iPadOS 13

Diterbitkan November 3, 2019 · Dikemas kini November 3, 2019 oleh ariff bukhari

Pengguna yang memiliki akaun Adobe boleh mengakses 1,300 font secara percuma.

Adobe mengumumkan, pengguna peranti iOS dan iPadOS kini boleh mengakses 17,000 font menerusi aplikasi Adobe Creative Cloud di peranti iPhone, iPad dan iPod touch . Font tersebut pula boleh digunakan pada sebarang aplikasi yang menyokong kustomasi font API.

Tetapi pengguna perlulah menggunakan sistem operasi iOS 13.1 atau terbaru bagi menerima font tersebut.

Adobe Menawarkan 17,000 Font Kepada Pengguna iOS dan iPadOS 13

Bermula dengan iOS 13, Apple telah membolehkan penggunanya melakukan tetapan kustomasi font tanpa perlu lagi bergantung pada profail pihak ketiga.

Walaubagaimanapun, akses kesemua font tersebut hanya ditawarkan kepada pengguna yang melanggan dengan servis Adobe Creative Cloud sahaja. Bagi pengguna yang tidak melanggan pula (mempunyai akaun Adobe), mereka masih boleh mengakses sebanyak 1,300 font secara percuma dari Adobe.

Bagi yang belum memiliki akaun Adobe, anda boleh mendaftar akaun Adobe secara percuma.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY