Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Membuang Aplikasi Pemain Adobe Flash Daripada Sistem Operasi Windows Dan macOS

Adobe Mahu Pengguna Membuang Flash Player Sebelum Hujung Tahun Ini

Diterbitkan Jun 27, 2020 oleh ariff bukhari

Adobe Flash Player akan ditamatkan pada 31 Disember 2020.

Adobe telah mengemas kini laman info umum Adobe Flash Player dengan menyatakan bahawa mereka mengesyorkan pengguna supaya membuang aplikasi tersebut dari komputer mereka sebelum hujung tahun ini.

Seperti semua sedia maklum, Adobe telah memngumumkan pada Julai 2017 dahulu, mereka akan menamatkan sepenuhnya sokongan  Flash Player pada 31 Disember 2020.

“We recommend that all users uninstall Flash Player before the EOL date”. Adobe.

Adobe juga memaklumkan mereka akan membuang fail muat turun aplikasi tersebut dari laman rasmi mereka bagi mengelakkan ia dari terus dimuat turun pengguna.

“Adobe will be removing Flash Player download pages from its site and Flash-based content will be blocked from running in Adobe Flash Player after the EOL Date.” Adobe

Adobe juga menasihatkan pengguna supaya tidak memuat turun Adobe Flash Player dari pihak ketiga selepas ia ditamatkan kerana ia bukan rasmi dari pihak Adobe sendiri.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY