Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
senarai iPhone iOS 15

Adakah Ini Senarai iPhone Yang Dijangka Menerima iOS 15 Pada Tahun Hadapan?

Posted on November 23, 2020November 23, 2020

Berdasarkan khabar angin terbaru, Apple dijangka bakal menghentikan sokongan untuk iPhone SE, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dengan pelancaran iOS 15 pada tahun hadapan.Sehingga kini, ketiga-tiga iPhone berkenaan masih menerima sokongan iOS 14.

Mengimbas kembali, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dilancarkan pada September 2015. Ia kemudian diikuti pelancaran iPhone SE pada Mac 2016. Jika laporan ini tepat, bukanlah perkara yang mengejutkan berikutan Apple kebiasaannya akan menyediakan kemas kini perisian sekitar empat atau lima tahun selepas pelancaran.

Dengan itu, ia juga mungkin bermakna hanya senarai iPhone di bawah yang akan menerima iOS 15 pada tahun hadapan:

  • Barisan model iPhone 2021
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone SE (generasi ke-2)
  • iPod touch (generasi ke-7)

Pada masa ini, senarai iPhone yang akan menerima iOS 15 adalah jangkaan awal sahaja. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari Apple mengenai iOS 15 yang dijangka bakal diumumkan pada acara WWDC 2021.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress