Acer Malaysia Perkenalkan Barisan Monitor AOpen Bermula Harga RM289

Jenama AOpen mungkin kedengaran janggal buat anda yang pertama kali mendengarnya. Ia merupakan sub-jenama dari Acer yang memfokuskan kepada penawaran monitor mampu milik dan berpatutan.

Menyambut kedatangan model monitor AOpen ini, Acer Malaysia kini telah melancarkan promosi eksklusif yang telahpun bermula dari 5 hingga 12 Jun ini. Menariknya, 3 model ditawarkan dan harga adalah bermula RM289.

Aopen-Monitor-Online-Promotion-Banner.jpg

AOpen 22CV1Q


Model yang pertama adalah AOpen 22CV1Q yang merupakan monitor 21.5 inci dengan panel VA. Ia beresolusi Full HD (1920x1080) dan mempunyai kadar segar semula 75Hz. Model ini adalah merupakan monitor dengan harga paling rendah iaitu RM289.


AOpen 24CL1Y


Ini merupakan model sedikit lebih besar dengan 23.8 inci panel IPS beresolusi Full HD (1920x1080). Berbeza dengan model pertama, kadar segar semula hanya setakat 60Hz sahaja. Harga yang ditawarkan untuk model ini adalah RM379.


AOpen 27HC5RP


Selaku model paling berkuasa, ia hadir dengan kadar segar semula 144Hz Full HD. Namun pengguna juga boleh melakukan overclocking untuk mendapat kadar lebih tinggi 165Hz. I/O juga lebih banyak dengan tambahan DisplayPort dan juga audio.



Ia juga hadir dengan panel VA melengkung serta kontras lebih tinggi untuk visual yang lebih memuaskan. Dengan spesifikasi ini, ia dijual pada harga RM699.

Beli Monitor AOpen di Shopee: https://invol.co/clors8