Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Lancar Skuter Elektrik Pertamanya Di India

Acer Lancar Skuter Elektrik Pertamanya Di India

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

Syarikat teknologi gergasi Taiwan, Acer yang terkenal dengan komputer riba dan perkakasan komputernya, telah mengambil langkah strategik dengan mengeluarkan produk kenderaan elektrik yang sedang berkembang pesat di India dengan melancarkan skuter elektrik pertamanya, Acer Muvi 125 4G berharga Rs 99,999 (~RM5720).

Acer Muvi 125 4G adalah hasil daripada jalinan kerjasama dengan syarikat Think eBikeGo Pvt Ltd yang merupakan sebuah syarikat permulaan mobiliti bandar di India. 

Acer Muvi 125 4G mampu mencapai kelajuan maksimum 75km/j dan jarak yang boleh dicapai dengan sekali pengecasan penuh sejauh 80km.

Ia direka bentuk mengikut kesesuaian pelbagai penggunaan seperti  untuk pergi ke pejabat, pergi ke kolej untuk pelajar dan untuk kegunaan harian. Kenderaan ini juga dibina khas untuk kegunaan B2B seperti penghantaran makanan atau penghantaran barangan runcit menjadikannya sebuah kenderaan yang serba boleh.

Skuter ini mempunyai casis yang ringan dan roda bersaiz 16 inci untuk memastikan kestabilan ketika merentasi pelbagai bentuk muka bumi. Selain itu, baterinya boleh ditukar seperti kenderaan elektrik yang lain sekali gus dapat memastikan perjalanan berterusan tanpa sebarang masalah.

Acer Lancar Skuter Elektrik Pertamanya Di India

Acer Muvi 125 4G layak untuk mendapat subsidi sama ada daripada kerajaan peringkat pusat atau negeri sekali gus dapat mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik di India.

Berkaitan

  • Tidak Boleh Guna Skuter Elektrik Di Atas Jalan Raya KL Mulai Tahun Hadapan
  • Syarikat Pemula Dari India Bangunkan Skuter Elektrik Tanpa Tongkat
  • Dua Motosikal Elektrik Dilancarkan Di Malaysia
  • Xiaomi Lancar Skuter Elektrik 4 Ultra, Dimuatkan Dengan Bateri 12000mAh
  • Skuter Elektrik Siri R Blueshark Kini Di Malaysia, Sekali Cas Penuh Boleh 'Ride' 110km
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: MSN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY