Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
skuter elektrik

Syarikat Pemula Dari India Bangunkan Skuter Elektrik Tanpa Tongkat

Diterbitkan Mei 9, 2022 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat pemula dari India, Liger Mobility telah membangunkan kenderaan 2 roda yang tidak memerlukan bantuan tongkat bagi membolehkannya berdiri tegak.

Syarikat pemula yang dibangunkan oleh sekumpulan lulusan pelajar dari Institut Teknologi India (IIT) itu menjadikan skuter elektrik sebagai projek kenderaan 2 roda dengan keupayaan imbang sendiri pertama mereka.

Walaupun ia bukanlah motorsikal pertama yang mampu imbang sendiri pernah dibangunkan (sebelum ini BMW pernah menghasilkan prototaip motorsikal imbang sendiri), tetapi ia merupakan skuter elektrik pertama yang mampu imbang sendiri dari India.

India merekodkan 6 kemalangan maut melibatkan motorsikal setiap jam.

Jadi, tujuan utama skuter imbang sendiri yang dibangunkan syarikat itu adalah bagi menghasilkan kenderaan 2 roda yang lebih selamat di jalan raya India.

Skuter elektrik imbang sendiri itu bukan sahaja mampu imbang sendiri ketika ia bergerak, tetapi juga ketika berada dalam keadaan statik dan dilengkapi ciri pengaktifan suara serta bantuan parkir.

Malah skuter itu tidak akan jatuh walaupun ditolak.

Sumber: CarToq

Baca juga:

  • Keselamatan Siber Malaysia Setanding Rusia, Jauh Hebat Berbanding Israel
  • Jenayah Lain Menurun Tapi Jenayah Siber Mencanak Naik Di Malaysia
  • Buli Siber – Anda Boleh Dipenjarakan Jika Didapati Bersalah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY