Skuter Elektrik Siri R Blueshark Kini Di Malaysia, Sekali Cas Penuh Boleh 'Ride' 110km

Seiring dengan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, Blueshark - anak syarikat Sharkgulf Technologies Group dan pembekal skuter elektrik pintar secara rasminya membawa masuk skuter elektrik R1 dan R1 Lite buat pasaran Malaysia hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya (ASEAN), skuter tersebut merupakan usaha mereka untuk mengubah kaedah pengangkutan yang sedia ada dan juga menggalakkan mobiliti urban hijau menerusi penerimagunaan kenderaan elektrik beroda dua.



Sebelum ini, sebanyak 50 penunggang khidmat penghantaran barangan/makanan telah menguji skuter elektrik pintar siri R itu selama satu bulan di jalan raya Malaysia.

Menerusi Blueshark R1, dikatakan penunggan dapat menikmati jarak operasi sejauh 110km setelah dicas penuh (NEDC) yang mana juga kelajuannya mencecah 80km/j berserta puncak tork 201Nm.

Didalamnya terbina motor magnet tetap elektrik 5000w yang berkelajuan ditinggi bersama dua pek bateri litium besi fosfat (LFP). Bateri tersebut boleh ditukar ganti dengan segera di mana-mana stesen penukar bateri (BlueStation) - di stesen Petronas terpilih atau pun ada pilihan cas penuh dalam 3.5 jam.



Terdapat 5 mod tunggangan dan ia juga termasuk Walk Assist Mode (WAM), mod-mod turbo, sistem operasi pintar ArkRide, sambungan Bluetooth, GPS, pemain media, kemas kini OTA, perakam tunggangan, perakam tunggangan dan banyak lagi. Malah, ia juga tersedia papan pemuka HD IPS berwarna yang berkuran 10.4 inci.

Skuter elektrik pintar Blueshark siri R ini mempunyai dua pilihan penawaran, iaitu harga untuk dibeli dan juga sewaan. Berikut adalah harga yang ditawarkan:

Pakej Pembelian (kenderaan sahaja) - atas jalan, tanpa insurans dan pengecualian SST



  • Blueshark R1 - RM9,390

  • Blueshark R1 Lite - RM7,190


Kesemuanya termasuk 1 pengecas+2 sangga pengecas, 1 kunci Bluetooth dan bayaran tambahan sebanyak RM79 sebulan untuk sewaan dua pek bateri.

Pakej Sewaan Korporat (kenderaan dan bateri) - atas jalan, pengecualian SST, penyelanggaraan berjadual dan penggantian bahagian haus dan terhakis



  • Blueshark R1 - RM547/bulan

  • Blueshark R1 Lite - RM487/bulan


Kesemuanya termasuk 2 bateri, 1 kunci Bluetooth dan kad SIM, kit pengecasan rumah pilihan dengan deposit boleh dikembalikan.

{suggest}

Tambahan lagi, pelanggan perlu memilih pelan langganan bateri BlueSwap untuk melengkapkan sewaan skuter siri R.

Berikut pula adalah pelan langganan bateri BlueSwap:

  • BlueSwap Lite - RM59/bulan, sebanyak 36 pertukaran bateri

  • BlueSwap Standard - RM99/bulan, sebanyak 70 pertukaran bateri

  • BlueSwap Pro - RM139/bulan, sebanyak 120 pertukaran bateri

  • BlueSwap Flex - RM1.95, bayaran ikut pertukaran


Sumber: Siaran media Blueshark