Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ni hsin motor elektrik (1)

Dua Motosikal Elektrik Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan November 22, 2022 · Dikemas kini November 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Ni Hsin EV Tech, anak syarikat Ni Hsin Group Berhad , hari ini melancarkan dua model motosikal elektrik iaitu TAILG EBIXON BOLD yang berharga RM9,000 dan TAILG EBIXON TORQ pula berharga RM14,888.

Kejayaan membina motosikal elektrik ini adalah hasil kerjasama syarikat itu dengan Dongguan Tailing Motor Vehicle.

Masing-masing dalam kategori kegunaan peribadi dan komersial dan dipasang di kilang yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

ni hsin motor elektrik (4)

Menurut syarikat, ada banyak peluang untuk penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia kerana kerajaan menyediakan insentif dalam bentuk pelepasan cukai untuk pemasangan atau pembuatan EV, bahagian komponen, dan pembangunan ekosistem EV seperti kemudahan pengecasan.

ni hsin motor elektrik (1)

Dalam pada itu, pasaran skuter elektrik dan motosikal global dianggarkan berkembang pada masa akan datang.

Ni Hsin menyasarkan penjualan sebanyak 15,000-unit motosikal EV Tailg EBIXON setahun dalam tempoh tiga tahun di Asia Pasifik.

ni hsin motor elektrik (2)

“Kami sedang berunding dengan beberapa organisasi, GLC, agensi kerajaan dan peniaga untuk mempromosikan, memasarkan dan mengedarkan motosikal EV kami di rantau ini. Model perniagaan kami merangkumi modul jualan langsung dan sewa milik kepada perniagaan serta penggun,” kata Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan NH EV TECH.

Berkaitan

  • Tidak Cukup Hanya Bateri, Jokowi Mahu Tesla Keluarkan Kereta Elektrik Di Indonesia
  • 1,000 Teksi Elektrik Dijangka Tersedia Mulai November Ini
  • Sony Dan Honda Sasar Jualan Kereta Elektrik Pada 2026
  • Proton Mahu Lancarkan Kereta Elektrik Dalam Masa 5 Tahun
  • Lelaki Ini Ubah Suai Kawasaki Ninja Jadi Motosikal Elektrik, Kelajuan Maksimum 100km/j

Sempena pelancaran dua model itu juga, syarikat itu akan menandatangani memorandum perjanjian dengan beberapa organisasi seperti antaranya MIMOS Berhad, PROLINTAS, HAI-O Enterprise Bhd dan PT Winn Pratama Indonesia bagi membantu pemasaran, promosi dan pengedaran motosikal elektrik ini.

Sumber: Siaran Akhbar Ni Hsin

Gambar: Paultan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY