Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acara Khas Apple Dijangka Akan Berlangsung Minggu Depan

Acara Khas Apple Dijangka Akan Berlangsung Minggu Depan

Diterbitkan April 13, 2021 ยท Dikemas kini April 13, 2021 oleh Amalina Athman

Pada bulan lalu, Jon Prosser telah meramalkan acara khas Apple seterusnya akan berlangsung pada bulan April, dan bukannya seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Terbaru, Siri kini mendedahkan Apple merancang untuk mengadakan acara khas pada 20 April 2021. Apabila ditanya “When is the next Apple Event”, Siri memberikan respon mengenai perincian seperti tarikh dan tempat bagi acara pelancaran tersebut.

Apple event 2021

Cubaan penulis untuk bertanyakan soalan berkenaan kepada Siri tidak memberikan jawapan yang sama. Bagaimanapun, tinjauan kami di Twitter mendapati rata-rata pengguna menerima jawapan yang sama daripada Siri.

Dengan itu, ianya adalah hampir pasti acara tersebut akan berlangsung pada minggu hadapan.

Seperti yang dilaporkan Bloomberg sebelum ini, berkemungkinan iPad Pro dengan teknologi paparan mini-LED akan dilancarkan pada acara tersebut. Selain itu, Apple juga dijangka akan memperkenalkan Airtags dan sebagainya.

Untuk lebih lanjut mengenai acara ini, nantikan pengumuman rasmi daripada Apple.

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY