Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dijangka Akan Mengadakan Acara Khas Pada April Nanti

Apple Dijangka Akan Mengadakan Acara Khas Pada April Nanti

Diterbitkan Mac 18, 2021 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, Jon Prosser telah meramalkan Apple akan mengadakan acara khas pertama untuk tahun ini pada 23 Mac 2021. Terkini, Jon Prosser mendedahkan acara tersebut akan diadakan pada bulan April, dan bukannya seperti yang dijangkakan sebelum ini.

I don’t think they’ve ever done an event in April, so I get it if you’re skeptical. But here we are 🙃

— jon prosser (@jon_prosser) March 17, 2021

Beliau turut mendedahkan sejak dari awal acara khas tersebut sememangnya telah dijadualkan akan berlangsung pada April dan bukannya Mac. Jika benar jangkaan pada kali ini, ia merupakan kali pertama Apple mengadakan acara pada April.

The event was always in April. There was literally never a March event.

Absolutely incredible how Apple managed to give the “March 23” date to myself, Kang (the highest rated source) and L0vetodream at almost the same time.

Huge thanks to the source helping with this 😏

— jon prosser (@jon_prosser) March 18, 2021

Dalam pada itu, terdapat spekulasi mengatakan beberapa produk akan diumumkan melalui siaran media.

Di sisi yang lain, laporan Bloomberg menyatakan Apple merancang untuk memperkenalkan model terbaru iPad Pro seawal April. iPad Pro ini dijangka hadir dengan sokongan kadar segar semula yang lebih tinggi, cip pemproses serta keupayaan kamera yang lebih baik.

Sumber: 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY