Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI (1)

A.I: Sejauh Mana Teknologi Ini Bakal Merubah Masa Depan Manusia

Diterbitkan Ogos 3, 2017 oleh Wiser MY

Apa akan terjadi pada dunia sekiranya pada permulaan era revolusi perindustrian pada tahun 1987, manusia mengetahui akan ancaman pemanasan global?

Sudah pastinya polisi-polisi yang bersifat defensif akan terhasil supaya alam sekitar dapat dipelihara dan tidak terjejas teruk akibat modenisasi.

Mungkin kita sekali lagi akan berada di persimpangan bagi membuat keputusan samada membenarkan teknologi A.I mencorakkan hala tuju dunia selepas ini.

Dua ikon teknologi terkenal sudah memberi pandangan peribadi mereka mengenai perkara ini.

Kepada mereka yang pernah mempelajari subjek robotik ataupun A.I, pasti anda sudah biasa mendengar 4 peraturan robot oleh penulis sains fiksyen Isaac Asimov:

  1. Robot tidak boleh mencederakan manusia atau, tanpa tindakan, membenarkan manusia mendatangkan bahaya.
  2. Robot mesti mematuhi arahan yang diberikan daripada manusia melainkan arahan itu melanggar peraturan Pertama.
  3. Robot mesti melindungi kewujudannya sendiri selagi perlindungan sedemikian tidak bertentangan dengan Hukum Pertama atau Kedua.
  4. Robot tidak boleh merosakkan kemanusiaan, atau, dengan tidak bertindak, membenarkan kemanusiaan mendatangkan bahaya.

Ini merupakan garis panduan yang diletakkan dalam teknologi robotik.

Terdapat sesetengah badan persekutuan dan organisasi yang cuba mengawal selia A.I secara sistematik

Google, Amazon, IBM dan Microsoft pula telah mengumumkan yang mereka telah mewujudkan kerjasama dalam teknologi A.I bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat.

Insititusi seperti Akademi British dan Masyarakat Diraja U.K pula meminta agar satu badan antarabangsa di UK untuk mengemudi evolusi berkenaan tadbir urus A.I.

Perkara-perkara seperti ini menunjukkan terdapat kebimbangan dalam mengawal selia teknologi A.I tetapi hanya terdapat sedikit persetujuan yang dapat dicapai dalam memantau perkara ini.

Mungkin di Malaysia perkara ini tidak terkesan dalam kehidupan seharian kita, namun pada satu hari nanti pasti akan melibatkan masyarakat negara ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY